PERKAHWINAN
CAMPUR : BENARKAH ADA MASALAH?
GB 02374 MOHAMAD
SHAH BIN ABU BAKAR
Jabatan Pengajian
Dakwah dan kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam
Universiti
Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Penulisan
ini adalah bertujuan untuk merungkai permasalahan yang timbul hasil dari
perkahwinan campur. Ianya dimulai dengan definisi terhadap perkahwinan campur
itu sendiri, kategori-kategori perkahwinan campur, seterusnya melihat kepada
kesan daripada perkahwinan campur yang meliputi kebaikan dan keburukannya. Keburukan
perkahwinan campur dilihat dari sudut masalah yang timbul dalam perkahwinan
campur dan penerangan mengenainya. Penulis juga mengetengahkan pandangan Islam
terhadap perkahwinan serta pandangan beberapa penulis lain mengenai perkahwinan
campur. Untuk penulisan ini, penulis menggunakan kajian perpustakaan
sepenuhnya. Di akhir penulisan beberapa cadangan dikemukakan untuk mengatasi
masalah-masalah yang timbul dari perkahwinan campur supaya matlamat perkahwinan
sebanar dapat dicapai dan membawa kepada kebaikan.
Kata
Kunci : Perkahwinan Campur, Kesan, Permasalahan
Pendahuluan
Perasaan
ingin berpasang-pasangan adalah fitrah manusia. Malah naluri itu juga Allah SWT
salurkan buat makhluk lain seperti haiwan. Namun martabat manusia adalah paling
mulia kerana dikurniakan akal untuk memiliki pasangan. Allah SWT turut memberi
petunjuk bagaimana tuntutan syahwat boleh disalurkan melalui cara yang halal.
Perkahwinan adalah amanah bagi setiap individu bagi melahirkan zuriat dan
menambah bilangan umat di muka bumi ini. Firman Allah SWT:
Maksudnya
:
Dan di antara tanda-tanda yang
membuktikan kekuasaannya (menghidupkan kamu semula), Bahawa ia menciptakan kamu
dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu
menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.[2]
Atas
dasar pandangan Islam terhadap naluri manusia, dalam soal perkahwinan Islam
tidak sama sekali mempersoalkan faktor-faktor perbezaan keturunan, bangsa atau
kewarganegaraan. Yang menjadi persoalan hanyalah faktor perbezaan agama. Ini
adalah kerana keselamatan keyakinan agama harus lebih diutamakan berbanding
dengan kesenangan-kesenangan duniawi. Lebih-lebih lagi dalam hubungan yang
merupakan satu dasar pembinaan rumahtangga, keluarga dan masyarakat. Oleh yang
demikian, perkahwinan campur dilihat dapat menarik minat orang bukan Islam
untuk memeluk Islam. Nabi Muhammad SAW pernah
bersabda yang bermaksud :
"Janganlah engkau nikahi orang-orang yang masih berkerabat kerana
anak diciptakan laksana cahaya. Carilah wanita-wanita yang jauh dan janganlah
engkau memilih yang dekat hubungannya." (Riwayat Ahmad, Malik & Al-Nasai)
Islam sendiri menganjurkan kahwin jauh dan
perkahwinan campur mampu membawa lebih ramai insan kembali mentauhidkan Allah
SWT selain mengurangkan risiko penyakit keturunan dan mendapat anak-anak yang
comel sebagai bonus. Sejarah menunjukkan Nabi Muhammad SAW sendiri berkahwin dengan
Shafiyah binti Huyai, seorang yang baru memeluk Islam dan berbangsa Yahudi.
Kini
perkahwinan campur semakin diterima walaupun belum secara meluas. Lebih-lebih
lagi dalam dunia global hari ini, pergaulan sesama manusia juga semakin melebar
dan hampir tiada batasan. Tambahan pula, dengan kecanggihan teknologi
komunikasi menggalakkan interaksi yang luas antara masyarakat antarabangsa. Logiknya,
perkahwinan itu merupakan satu ibadah, justeru perkahwinan campur juga membawa
kebaikan beribadah. Apatah lagi bila ianya dilayari atas landasan syariat yang
betul dan matlamat demi mengejar kabahagian duniawi dan ukhrawi.
Dalam
sejarah bukan sedikit perkahwinan telah menjadi faktor perdamaian dan interaksi
harmoni antara budaya dan kaum. Dalam konteks negara seperti Malaysia, dilihat
amat wajar sekiranya perkahwinan campur digalakkan. Ini kerana ia boleh
mendekatkan antara kaum dalam negara ini. Namun, perkahwinan tersebut perlu
memastikan nilai-nilai positif dibawa bersama ke dalam perkahwinan dan
mengetepikan nilai-nilai negatif yang mungkin akan membawa kepada permasalahan.
Pengertian
Perkahwinan Campur
Perkahwinan
campur adalah perkahwinan di antara dua pihak lelaki dan perempuan yang
berlainan latar belakang bangsa, agama atau kewarganegaraan. Sebagai contoh,
seorang melayu muslim berkahwin dengan seorang yang berbangsa Inggeris yang
pada asalnya merupakan penganut agama lain atau seorang lelaki warga tempatan
berkawin dengan perempuan dari luar negara[3].
Kategori
Perkahwinan Campur
Terdapat
tiga kategori perkahwinan campur iaitu :
Pertama,
perkahwinan antara kaum yang mana ianya boleh terjadi apabila perkahwinan
antara muslim berbangsa Melayu dengan seorang muslimah berbangsa cina. Di
Malaysia, perkahwinan antara kaum banyak didengari di kalangan masyarakatnya
yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Perkahwinan sebegini samaada antara
Melayu dengan Cina, India atau bangsa lain senegara melahirkan generasi kacukan
yang dibesarkan dalam pertembungan dua budaya yang berlainan. Secara lazimnya,
golongan berbangsa lain yang kebiasaannya merupakan penganut agama lain seperti
agama Kristian, Buddha atau Hindu akan memeluk agama Islam untuk membolehkan
beliau berkahwin dengan seorang muslim.[4]
Yang
keduanya pula ialah perkahwinan antara negara, iaitu apabila perkahwinan antara
seorang muslim berbangsa Melayu dengan seorang muslimah berbangsa Arab yang berasal dari Maghribi. Perkahwinan
ini melibatkan perkahwinan antara seorang warganegara Malaysia beragama Islam
dengan warganegara asing. Bagi proses perkahwinan ini, pendaftar perkahwinan
hendaklah memastikan Borang Permohonan Berkahwin disertakan dengan
dokumen-dokumen seperti salinan pasport yang sah, Surat Kebenaran dari kedutaan
negara pemohon, dan surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia.
Berdasarkan daftar perkahwinan di Wilayah Persekutuan bagi tahun 2005 hingga
2011 telah mencatatkan sebanyak 1,874 jumlah warganegara Malaysia perempuan
yang berkahwin dengan warganegara asing.[5]
Manakala
kategori yang ketiga ialah perkahwinan antara agama yang mana ianya terjadi
apabila seorang muslim dengan seorang muslimah bergama Kristian pada asalnya
dengan syarat mesti memeluk agama Islam. Di dalam Al-Quran disebut dengan jelas
tentang larangan bagi lelaki muslim mengahwini perempuan musyrik, sebagaimana
yang diterangkan dalam ayat berikut :
wur
(#qßsÅ3Zs?
ÏM»x.Îô³ßJø9$#
4Ó®Lym
£`ÏB÷sã
4 ×ptBV{ur
îpoYÏB÷sB
×öyz
`ÏiB
7px.Îô³B
öqs9ur
öNä3÷Gt6yfôãr&
3 wur
(#qßsÅ3Zè?
tûüÏ.Îô³ßJø9$#
4Ó®Lym
(#qãZÏB÷sã
4 Óö7yès9ur
í`ÏB÷sB
×öyz
`ÏiB
78Îô³B
öqs9ur
öNä3t6yfôãr&
3 y7Í´¯»s9'ré&
tbqããôt
n<Î)
Í$¨Z9$#
( ª!$#ur
(#þqããôt
n<Î)
Ïp¨Yyfø9$#
ÍotÏÿøóyJø9$#ur
¾ÏmÏRøÎ*Î/
( ßûÎiüt7ãur
¾ÏmÏG»t#uä
Ĩ$¨Y=Ï9
öNßg¯=yès9
tbrã©.xtGt
ÇËËÊÈ
[6]
Maksudnya
:
Dan janganlah kamu berkahwin Dengan
perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam);
dan Sesungguhnya seorang hamba perempuan Yang beriman itu lebih baik daripada
perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. dan janganlah
kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) Dengan lelaki-lelaki kafir musyrik
sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan Sesungguhnya seorang hamba
lelaki Yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya
menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak
ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan Dengan izinNya.
dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat
manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).[7]
Dalam
fiman-Nya yang lain :
$pkr'¯»t
tûïÏ%©!$#
(#þqãZtB#uä
#sÎ)
ãNà2uä!%y`
àM»oYÏB÷sßJø9$#
;NºtÉf»ygãB
£`èdqãZÅstGøB$$sù
( ª!$#
ãNn=÷ær&
£`ÍkÈ]»yJÎ*Î/
( ÷bÎ*sù
£`èdqßJçFôJÎ=tã
;M»uZÏB÷sãB
xsù
£`èdqãèÅ_ös?
n<Î)
Í$¤ÿä3ø9$#
( w
£`èd
@@Ïm
öNçl°;
wur
öNèd
tbq=Ïts
£`çlm;
( Nèdqè?#uäur
!$¨B
(#qà)xÿRr&
4 wur
yy$oYã_
öNä3øn=tæ
br&
£`èdqßsÅ3Zs?
!#sÎ)
£`èdqßJçG÷s?#uä
£`èduqã_é&
4 wur
(#qä3Å¡ôJè?
ÄN|ÁÏèÎ/
ÌÏù#uqs3ø9$#
(#qè=t«óur
!$tB
÷Läêø)xÿRr&
(#qè=t«ó¡uø9ur
!$tB
(#qà)xÿRr&
4 öNä3Ï9ºs
ãNõ3ãm
«!$#
( ãNä3øts
öNä3oY÷t/
4 ª!$#ur
îLìÎ=tæ
ÒOÅ3ym
ÇÊÉÈ[8]
Maksudnya
:
Wahai orang-orang Yang beriman!
apabila orang-orang perempuan Yang mengaku beriman datang berhijrah kepada
kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka:
Dengan Yang demikian, sekiranya kamu mengetahui Bahawa mereka beriman, maka
janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang Yang kafir. mereka tidak
halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri), dan orang-orang kafir itu
pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami). dan berilah kepada suami-suami
(yang kafir) itu apa Yang mereka telah belanjakan. dan tidaklah menjadi salah
kamu berkahwin Dengan mereka (perempuan-perempuan Yang berhijrah itu) apabila
kamu memberi kepada mereka maskahwinnya. dan janganlah kamu (Wahai orang-orang
Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu Dengan perempuan-perempuan Yang
(kekal Dalam keadaan) kafir, dan mintalah balik maskahwin Yang kamu telah
berikan, dan biarkanlah mereka (suami-suami Yang kafir itu) meminta balik apa
Yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum Allah; ia hukumkan di antara
kamu (dengan adil). dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.[9]
Di Malaysia terdapat beberapa kes
yang melibatkan seorang warganegara yang beragama Islam yang telahpun berkahwin
dan akhirnya memeluk Islam walaupun pasangan dan keluarga tidak turut serta.
Datuk Faiza Thamby Chik, seorang mantan Hakim Mahkamah Tinggi dalam ucaptamanya
di konferens perundangan kekeluargaan antarabangsa mengatakan perkahwinan bukan
Islam antara seorang mualaf dengan pasangannya tetap wujud walaupun satu pihak
telah memeluk Islam. Walaupun Seksyen 51 Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan perceraian)
1976 membenarkan pasangan bukan Islam untuk menuntut cerai, perkahwinan
tersebut tetap sah selagi mana prosedur-prosedur penceraian tidak dijalankan.
Faedah
dan Permasalahan Perkahwinan Campur
Penyatuan
dua insan dalam perkahwinan campur boleh disifatkan sebagai permulaan kepada
dua buah keluarga besar dari dua ras berbeza untuk mulai saling mengenali adat
istiadat atau pola perilaku keluarga yang satu lagi. Permulaan ini adalah
sesuatu yang positif kerana mereka akan saling mempelajari aspek kebudayaan
keluarga suami atau isteri masing-masing sehingga akan wujud satu pengertian
baru terhadap budaya suami isteri tersebut.
Perkahwinan dari berlainan bangsa atau dikenali juga
dengan kahwin campur bukanlah perkara yang asing dan pelik. Ia telah berlaku
saban waktu dalam masyarakat seluruh dunia dan tidak ketinggalan rakyat negara
kita yang merantau ke luar negara dan berkahwin dengan rakyat negara asing di
negara mereka atau rakyat Malaysia yang berkahwin dengan rakyat negara
luar yang datang ke negara kita. Perkara
seperti ini sebenarnya diterima dan ia selari serta tidak bercanggah dengan
ajaran Islam yang tidak membezakan di antara bangsa dan warna kulit. Ini kerana
perkahwinan ini telah memenuhi syarat utama di dalam Islam iaitu pasangan
tersebut mestilah beragama Islam. Larangan hanya terdapat di dalam perkahwinan
dengan mereka yang bukan Islam. Di dalam al-Qur’an, Allah SWT berfirman yang
bermaksud:
“Jangan kamu mengahwini wanita-wanita musyrik
sehinggalah mereka beriman, sesungguhnya seorang hamba yang mukmin itu lebih
baik daripada wanita-wanita yang musyrik meskipun kamu menyukainya.”
Berdasarkan ayat
itu, larangan perkahwinan itu secara automatik terangkat apabila wanita tersebut
yang memeluk Islam. Sehubungan itu ayat ini juga memberi beberapa kesan
kebaikan namun tidak kurang juga ada keburukannya apalagi jika perkahwinan itu
di antara rakyat tempatan dengan rakyat dari luar negara. Fokus perbincangan
kita kali ini ialah tentang suami dari rakyat tempatan yang mengahwini wanita
dari bangsa asing. Pada dasarnya Islam tidak melarang perkahwinan seumpama ini
jika sekiranya pasangan tersebut sudah memeluk Islam. Individu
yang berdepan dengan perkahwinan campur akan menikmati kebaikan darinya dan
begitu juga tidak terlepas dari berdepan dengan masalah yang mungkin akan
timbul daripadanya.
Pengarah
Institut Kajian Hadis Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(KUIS), Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah berkata, perkahwinan campur di Negara
ini tidak menjadi masalah kerana mereka cukup memahami latar belakang agama
Islam serta adat budaya masyarakat di sini. Kata beliau lagi;
“Masalah barangkali timbul jika
perkahwinan campur ini membabitkan warga asing yang mungkin kurang memahami
adat, budaya serta fahaman masyarakat di Malaysia.”
Di
antara kebaikan perkahwinan campur pertamanya ialah pasangan ini berpeluang
untuk berkenalan di antara satu sama lain. Bukan sahaja dengan pasangannya
bahkan seluruh keluarga yang terlibat dan ini bertepatan dengan hikmah atau
tujuan Allah SWT mencipta manusia dari berbilang bangsa, puak, dan kaum. Dalam
alam nyata yang perlu dihayati, perkahwinan campur jika dilakukan atas landasan
yang betul, akan melahirkan zuriat yang ketara dari segi kecerdikan,
kepintaran, dan kecantikan hasil percantuman darah yang berbeza. Namun di sini
kadangkala akan timbul masalah khususnya bagi kita umat Islam. Jika pasangan
tersebut dari Negara Barat contohnya, tentulah sukar bagi kita untuk menerima
sesetengah adat serta amalan yang mereka lakukan. Meminum arak, pergaulan
bebas, berzina, berjudi adalah di antara amalan yang sukar dihapuskan dan ini
seolah-olah sudah sebati di dalam kehidupan mereka bahkan ia boleh kira sebagai
sebahagian dari hidup mereka. Bagaimana boleh kita pastikan bahawa isteri yang
dikahwini adalah suci kerana amalan seks bebas yang berleluasa di dalam
masyarakat mereka. Sebagai suami
tentunya tidak manis jika terus membelakangkan keluarga wanita yang dikahwini.
Ini kerana meskipun wanita itu telah dikahwini, namun ibu bapa mereka tetap
perlu dihormati walaupun mereka tidak memeluk Islam. Satu lagi masalah yang
mungkin timbul berkaitan dengan adat istiadat dan melihat kepada pasangan, akan
mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan adat istiadat pasangan
mereka. Jika pasangan yang dilahirkan di Negara Barat dan hidup pula di dalam
kemewahan, maka mungkin mereka agar sukar untuk menyesuaikan diri dengan
kehidupan rakyat tempatan dan kadangkala ini juga boleh mendorong kepada
ketidak sefahaman dan akhirnya membawa kepada perceraian.
Kedua,
selain peluang untuk memahami dan mengamalkan adat resam serta budaya berbeza,
faktor bahasa juga dikira satu kelebihan kerana dengan berkahwin seseorang itu
memiliki ‘kamus hidup’ yang pasti akan membantu dalam menguasai sesuatu bahasa.
Namun, di sini juga masalah akan timbul. Masalah ini bukan di antara pasangan
tersebut yang pastinya boleh berkomunikasi dengan sesuatu bahasa, tetapi dengan
keluarga pasangan. Bernasib baiklah jika ibu bapa boleh memahami bahasa
pasangan tersebut, jika tidak boleh menimbulkan masalah dalam keluarga
tersebut.
Ketiga,
di samping boleh berkenalan, memahami budaya asing serta penguasaan bahasa yang
berbeza, pasangan terbabit juga jika bernasib baik berpeluang untuk memperolehi
anak-anak yang mempunyai rupa yang berbeza. Bagi kebanyakan orang, mempunyai
anak serta cucu dari pelbagai rupa tentunya menceriakan. Bayangkan jika di
dalam satu keluarga, ada anak yang rupanya orang Inggeris, ada wajahnya seperti
Arab dan sebagainya. Tentunya ia menjadi kebanggaan. Malah keunikkan
perkahwinan campur paling utama terletak pada zuriat yang bakal dilahirkan.
Mereka adalah pembawa baka genetik yang diwarisi daripada keturunan nenek
moyang kedua-dua ibu bapanya, menurut Tan Sri Abdul Kadir Mantan Mufti Wilayah
Persekutuan yang mempunyai pengalaman berkahwin dengan wanita warganegara mesir
keturunan Turki.
Keempat,
perkahwinan campur antara rakyat tempatan dengan orang luar dikira sebagai satu
perjuangan dan dakwah yang besar. Hal ini dapat kita lihat dari sudut sejarah
yang mana sejak zaman kerajaan melayu Melaka lagi penyebaran agama Islam telah
dilakukan melalui perkahwinan. Mereka boleh dikira sebagai penyelamat khususnya
jika pasangan tersebut sebelum berkahwin bukan seorang muslim. Ini kerana
mereka telah berjaya meyakinkan pasangannya dengan agama yang sebenar iaitu
Islam yang telah mengubah hidup mereka dari kegelapan kepada cahaya Islam.
Namun, perkara yang perlu diberi perhatian serius di sini ialah tentang
komitmen suami terhadap isteri yang baru memeluk Islam. Isteri seharusnya
mepunyai kefahaman sebenar tentang Islam. Niat mereka perlu diperbetulkan.
Memeluk Islam bukan kerana ingin berkahwin tetapi kerana keyakinan dan
kebenaran Islam yang telah mula dilihat. Keyakinan, keikhlasan di dalam memeluk
Islam adalah amat penting bagi menjamin seseorang yang memeluk Islam berada di
dalam agama yang suci meskipun jodoh mereka kadang kala tidak kekal. Ramai yang
memeluk Islam hanya kerana cinta dan ingin berkahwin tetapi apabila mengalami
penceraian lantas kembali kepada agama asal. Suami di dalam hal ini perlu
memainkan peranan mereka di dalam mendidik isteri agar benar-benar faham akan
agama Islam yang suci ini.
Kelima,
perkahwinan campuran dengan Masyarakat Cina, umumnya kita ketahui juga bahawa
masyarakat cina memang agak terkenal dengan bakat berniaga dan seandainya kita
mampu mewujudkan suatu masyarakat Melayu Cina atau Cina India maka kita mungkin
dapat mewujudkan bangsa campuran baru yang lebih berkeyakinan dalam bidang
perniagaan dengan kata lain meningkatkan lagi ekonomi Negara.[10] Wujudnya suasana ini akan lebih
mempermudahkan lagi proses pembinaan Negara bangsa kerana selama ini pembinaan
Negara bangsa dilihat sering dihalang oleh sikap prejudis antara kaum. Namun
isu atau kaum dalam sistem pendaftaran Negara sedang dipersoalkan dengan hebat
kebelakangan ini. Perdebatan bermula apabila ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh
ingin mendaftaran kelahiran anaknya, kerana perkahwinannya dengan lelaki
berbangsa India, anak yang dilahirkan tidak jelas butiran bangsanya. Jika
ditulis “bangsa Cina” bapanya seorang India. Jika ditulis “bangsa India”
bagaimana pula dengan ibunya? Lalu Hannah memutuskan untuk menulis “Bangsa
Melayu” pada bahagian bangsa pada borang pendaftaran. Difahamkan, selepas
ditolak beliau memilih ruangan “Lain-lain”, namun juga ditolak kerana bangsa
anak haruslah dipilih daripada salah satu ibu atau bapa. Untuk memastikan
urusan pendaftaran anak bagi kesihatan dan pendidikan tidak terganggu, Hannah
terpaksa menulis di bahagian bangsa anaknya sebagai “Cina”.[11]
Semakin
banyak perkahwinan campur yang diadakan dalam kelompok masyarakat kita, namun
daripada kisah Hannah nampak bermasalah menentukan bangsa bagi anaknya. Sistem
pendaftaran Negara, ruangan ‘Bangsa’ perlu dikekalkan, namun kelonggaran wajar
diberikan bagi pemilihan bangsa, iaitu dibenarkan untuk dua bangsa gabungan
antara ibu dan bapa.
Sememangnya
di dalam perkahwinan, perceraian adalah perkara yang lumrah berlaku. Namun,
perkara ini perlulah dijauhi. Amalan talak atau cerai adalah satu amalan yang
dibenci oleh Allah swt meskipun ia adalah harus pada hukum syarak. Hadith
Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sebenci-benci
perkara yang halal di sisi Allah swt ialah talak” menggambarkan kepada kita
bahawa talak meskipun harus, ianya bukan suatu yang boleh dijadikan mainan.
Perceraian menimbulkan banyak masalah bukan sahaja kepada suami tetapi memberi
kesan yang sangat dahsyat kepada anak-anak. Keadaan akan menjadi lebih rumit jika
isteri berasal dari luar negara. Menurut Seksyen 82, Akta Undang-undang
Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, ibu adalah orang yang paling berhak menjaga
anak kecilnya semasa masih di dalam perkahwinan dan selepas perceraian.[12]
Namun persoalannya, adakah si suami rela meninggalkan anaknya bersama ibu mereka di luar negara sedangkan si suami
tidak begitu yakin dengan akidah bekas isterinya? Si isteri mungkin akan
kembali kepada agama asal dan anak-anak juga mungkin terikut-ikut dengan
fahaman ibu mereka dan di atas kebingangan ini si bapa sanggup ‘melarikan’ atau
‘menculik’ anak sendiri untuk dibawa pulang ke tanah air. Jika si isteri telah
murtad, sememangnya jelas bahawa tindakan suami adalah tepat tetapi itu pun
selepas mahkamah memastikan bahawa segala bukti tentang dakwaan murtad adalah
benar. Ini berdasarkan kepada Seksyen 83 yang menyebut bahawa hak penjagaan
(hadanah) seorang wanita itu murtad dan kembali kepada agama asal mereka. [13]
Menurut
utusan Malaysia, 25 Februari 2010, Golongan muda termasuk golongan artis
diingatkan supaya berfikir ‘beribu kali’ sebelum memasuki gerbang perkahwinan
campur kerana kajian menunjukkan kejayaannya hanya 3:10. Menteri Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata, Kajian ilmiah yang
dilakukan oleh beberapa Ahli Sosialogi di Negara ini antara 1995 hingga 1998
mendapati dalam setiap 10 perkahwinan campur, hanya tiga berjaya. Malah, kata
beliau kegagalan perkahwinan campur amat ketara apabila melibatkan pasangan
dari kalangan warga kulit putih atau Mat Saleh. Contohnya Pelakon jelita yang
mengesahkan perkara itu memberitahu, punca keretakan rumah tangganya dengan
Suami, Steven David Shorthose atau Mohamad Ali, 41 dari Itali sebagai kesilapan
mereka sendiri kerana tidak menyedari faktor perbezaan budaya sewaktu seronok
bercinta. Realitinya banyak liku yang perlu dihadapi oleh pasangan kahwin
campur. Kegagalan perkahwinan disebabkan perbezaan budaya, agama dan cara
seseorang itu dibesarkan di khalayak Negara masing-masing. Manakala dari segi
mendapatkan taraf kerakyatan Malaysia , dalam soal ini ia adalah lebih mudah
jika melibatkan wanita yang berkahwin dengan lelaki warganegara Malaysia
berbanding sebaliknya. Ini disebabkan taraf
kewarganegaraan dalam seksyen 16 dan 17 Perlembagaan Persekutuan adalah berteras
pada pertimbangan kebapaan dan bukannya keibuan.[14]
Tambahan lagi jika pasangan tersebut mempunyai anak, maka bapa itu akan melarikan anak kembali ke England atau
Eropah, dan dalam soal ini perkahwinan campur ini dianggap gagal.
Lantaran
daripada berita yang dipaparkan di televisyen dan akhbar-akhbar tempatan
beberapa tahun lalu, melihat pada perkahwinan campur banyak menimbulkan masalah
apabila berlaku perceraian demi keharmonian hidup kita, anak-anak, keluarga,
masyarakat bahkan negara. Dalam masa yang sama tidak dapat dinafikan bahawa
terdapat perkahwinan yang seumpama itu boleh bertahan selama-lamanya tanpa
sebarang masalah yang besar. Pokok pangkalnya adalah terletak kepada keyakinan
serta kesanggupan kita untuk menangani masalah yang berlaku dan tidak mudah
menggelabah di dalam menghadapi situasi yang mencabar.
Kesimpulan
Jelas
kepada kita bahawa perkahwinan campur membawa banyak kebaikan jika ianya dilayari atau dilalui
dengan lunas-lunas yang betul menurut syariat dan panduan yang benar. Dalam hal
ini, walaupun Islam membenarkan perkahwinan campur dengan syarat mesti bersatu
di bawah satu agama yang satu yakni Islam, tetapi masalah dari segi keagamaan,
akhlak,budaya dan adap resam hendaklah
diambil kira kerana inilah punca permasalahan yang timbul dalam perkawinan
campur. Dalam soal ini, pertimbangan yang wajar harus dilakukan oleh pihak yang
terlibat dalam perkahwinan campur agar bahtera perkahwinan yang dilayari kekal
bahagia hingga ke akhirnya.
Perkahwinan
antara kaum hendaklah tidak bersifat menghapuskan budaya atau nilai positif
yang dimiliki oleh sesuatu kaum. Setiap pasangan berhak mengekalkan budaya dan
adat resam kaumnya yang baik. Seelok-eloknya hendaklah setiap pasangan meraikan
warisan budaya pasangannya yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang
dipegang. Memaksa seorang cina menjadi ‘melayu’ atau melayu menjadi ‘cina’
selepas perkahwinan adalah tindakan yang salah dan tidak membawa kepada keharmonian
bahkan akan mencetuskan masalah yang berlarutan.
Perkahwinan
campur patut dijadikan kesempatan untuk memahami dan mempelajari nilai-nilai
mulia yang dimiliki oleh setiap kaum bukan menghapuskan identiti kaum. Dengan
itu, setiap kaum akan dihormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang
dimiliki lantas melaksanakan apa yang Allah SWT nyatakan di dalam al-Quran :
$pkr'¯»t
â¨$¨Z9$#
$¯RÎ)
/ä3»oYø)n=yz
`ÏiB
9x.s
4Ós\Ré&ur
öNä3»oYù=yèy_ur
$\/qãèä©
@ͬ!$t7s%ur
(#þqèùu$yètGÏ9
4 ¨bÎ)
ö/ä3tBtò2r&
yYÏã
«!$#
öNä39s)ø?r&
4 ¨bÎ)
©!$#
îLìÎ=tã
×Î7yz
ÇÊÌÈ
[15]
Maksudnya
:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu
berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi
Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[16]
Fahaman
agama yang sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam berhubung dan
berbuat baik kepada keluarga asalnya, menziarahi mereka atau menafikan nama
keluarga seperti menukar nama ‘bapa’ adalah sesuatu yang tidak diajar
oleh Islam. Bahkan nas-nas Islam menyanggahi hal tersebut. Ia adalah
‘kesempitan pemikiran setempat’ yang patut digugurkan dari masyarakat kita.
Ia antara penghalang keharmonian kaum dan agama sekaligus mengundang kahancuran
sesebuah rumahtangga.[17]
Bagi
muslim pula , hendaklah dipastikan keislamannya terpelihara. Bahkan dia wajar
menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya. Sikap dan
teladan yang buruk akan menyebabkan salah faham terhadap Islam. Perkahwinan
campur hendaklah bebas dari anggapan bahawa sesuatu kaum lebih mulia dari kaum
yang lain hanya atas faktor keturunan semata. Sabda Nabi s.a.w
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa
kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang
bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang
berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan
ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan
oleh al-Albani).
Jika
hal-hal ini dihayati, perkahwinan campur akan lebih membawa kepada kebaikan.
Sememangnya diakui wujud permasalahan-permasalahan dalam perkahwinan campur.
Namun, permasalahan-permasalahan ini tidak wajar diletakkan atas dasar ianya
merupakan perkahwinan campur, tetapi lebih tepat dikatakan bahawa ianya adalah
disebabkan individu samada suami atau isteri yang terlibat dalam perkahwinan
campur itu yang gagal untuk menurut lunas-lunas yang seharusnya dalam
perkahwinan. Walaubagaimanapun permasalahan yang timbul dari perkahwinan campur
bukanlah masalah yang bersifat kekal kerana selagi ada usaha kearah menghindarinya
dan mencari jalan penyelesaian yang bersungguh, maka masalah tersebut akan
dapat diatasi serta matlamat perkawinan yang bahagia akan dapat dikecapi.
Rujukan
Sheikh Abdullah
Basmeih. 1980. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
Kepada Pengertian Al-Quran (30) juz. Kuala Lumpur, Malaysia. Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia
Ahmad Azhar Basyir. 1981. Kawin Campur
Adopsi Wasiat Menurut Islam. Indonesia. Percetakan Offset.
Syaikh Humaidy bin Abdul Aziz Al-Humaidy.
1994. Kawin Campur Dalam Syariat Islam. Jakarta Timur, Indonesia.
Pustaka Al-Kauthar.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2011. Data
dan Maklumat Kekeluargaan/ sosial Masyarakat Islam Di Malaysia. Wilayah
Persekutuan Putrajaya, Malaysia.
Mohd Ismail bin Mustari. 2009. Isu-Isu Perkahwinan.
http://www.slideshare.net/arizal/isu-perkahwinan-09.
(30
November 2013)
Dr. Nik Rahim Nik Wajis. 1998. Permasalahan Kahwin
Campur. Utusan Online. http://www.utusan.com.my/utusan. (30
November 2013)
Zulkifli Jalil. 26 Feb. 2010. Waspada kahwin campur.
Utusan Online. http://www.utusan.com.my/utusan.
(30
November 2013)
Prof. Madya Dr. Mohd asri Zainul Abidin. 29 Nov 2010.
Galakkan Perkawinan Campur Untuk Keharmonian Kaum. http://drmaza.com/home/?p=1294. (1 Jan. 2014)
Nur
Farina Abdullah. 29 Mac 2012. Perkhawinan Campur Dan Pembinaan Negara
Bangsa. http://nurfarinaabdullah.blogspot.com. (1 Jan 2014)
[1]
Al-Quran, Al Rum 30:20
[2]
Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran (30 juz), edisi ke- 22,
(Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2013).
[3]
Ahmad Azhar Basyir, Kahwin Campur Adopsi Wasiat Menurut Islam, cetakan kedua
1981, hlm. 5.
[4]
Mohd Ismail bin Mustafa, Isu-Isu Perkahwinan, 2009.
[5]
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Data dan Maklumat Kekeluargaan/ Sosial
Masyarakat Islam di Malaysia, Cetakan pertama 2011, hlm 49-51.
[6]
Al-Quran, Al-Baqarah 2:221
[7]
Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran (30 juz), edisi ke- 22,
(Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2013).
[8]
Al-Quran, al-Mumtahanah 60:10
[9]
Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran (30 juz), edisi ke- 22,
(Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2013).
[10]
Perkahwinan Campur Dan Pembinaan Negara Bangsa. Sept 2011 – Jan 2012.
[11]
Firdaus Rosli. Perkahwinan Campur, apakah bangsa bagi anak mereka?. Jun
14, 2011.
[12]
Mohd Ismail bin Mustafa, Isu-Isu Perkahwinan, 2009.
[13]Dr.
Nik Rahim Nik Wajis, Utusan Melayu (M) Bhd, Arkib 8 Mac 1998
[14]
Zulkifli Jalil.,Waspada Kahwin Campur., Utusan Melayu(M) Bhd. 2010.
[15]
Al-Quran, al-Hujuraat 49:13
[16]
Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran (30 juz), edisi ke- 22,
(Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2013).
[17]
Prof. Madya Dr. Mohd asri Zainul Abidin, Galakkan Perkawinan Campur Untuk
Keharmonian Kaum, 29 Nov. 2010.