Sabtu, 5 Disember 2015

PERKAHWINAN CAMPUR : BENARKAH ADA MASALAH


         PERKAHWINAN CAMPUR : BENARKAH ADA MASALAH?

 

GB 02374 MOHAMAD SHAH BIN ABU BAKAR

Jabatan Pengajian Dakwah dan kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Abstrak

 

Penulisan ini adalah bertujuan untuk merungkai permasalahan yang timbul hasil dari perkahwinan campur. Ianya dimulai dengan definisi terhadap perkahwinan campur itu sendiri, kategori-kategori perkahwinan campur, seterusnya melihat kepada kesan daripada perkahwinan campur yang meliputi kebaikan dan keburukannya. Keburukan perkahwinan campur dilihat dari sudut masalah yang timbul dalam perkahwinan campur dan penerangan mengenainya. Penulis juga mengetengahkan pandangan Islam terhadap perkahwinan serta pandangan beberapa penulis lain mengenai perkahwinan campur. Untuk penulisan ini, penulis menggunakan kajian perpustakaan sepenuhnya. Di akhir penulisan beberapa cadangan dikemukakan untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul dari perkahwinan campur supaya matlamat perkahwinan sebanar dapat dicapai dan membawa kepada kebaikan.

 

Kata Kunci : Perkahwinan Campur, Kesan, Permasalahan

 

Pendahuluan

 

Perasaan ingin berpasang-pasangan adalah fitrah manusia. Malah naluri itu juga Allah SWT salurkan buat makhluk lain seperti haiwan. Namun martabat manusia adalah paling mulia kerana dikurniakan akal untuk memiliki pasangan. Allah SWT turut memberi petunjuk bagaimana tuntutan syahwat boleh disalurkan melalui cara yang halal. Perkahwinan adalah amanah bagi setiap individu bagi melahirkan zuriat dan menambah bilangan umat di muka bumi ini. Firman Allah SWT:

ô`ÏBur ÿ¾ÏmÏG»tƒ#uä ÷br& Nä3s)n=s{ `ÏiB 5>#tè? ¢OèO !#sŒÎ) OçFRr& ֍t±o0 šcrçŽÅ³tFZs? ÇËÉÈ[1]  

 

Maksudnya :

 

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya (menghidupkan kamu semula), Bahawa ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.[2]

 

Atas dasar pandangan Islam terhadap naluri manusia, dalam soal perkahwinan Islam tidak sama sekali mempersoalkan faktor-faktor perbezaan keturunan, bangsa atau kewarganegaraan. Yang menjadi persoalan hanyalah faktor perbezaan agama. Ini adalah kerana keselamatan keyakinan agama harus lebih diutamakan berbanding dengan kesenangan-kesenangan duniawi. Lebih-lebih lagi dalam hubungan yang merupakan satu dasar pembinaan rumahtangga, keluarga dan masyarakat. Oleh yang demikian, perkahwinan campur dilihat dapat menarik minat orang bukan Islam untuk memeluk Islam. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud :

 

"Janganlah engkau nikahi orang-orang yang masih berkerabat kerana anak diciptakan laksana cahaya. Carilah wanita-wanita yang jauh dan janganlah engkau memilih yang dekat hubungannya." (Riwayat Ahmad, Malik & Al-Nasai)

 

Islam sendiri menganjurkan kahwin jauh dan perkahwinan campur mampu membawa lebih ramai insan kembali mentauhidkan Allah SWT selain mengurangkan risiko penyakit keturunan dan mendapat anak-anak yang comel sebagai bonus. Sejarah menunjukkan Nabi Muhammad SAW sendiri berkahwin dengan Shafiyah binti Huyai, seorang yang baru memeluk Islam dan berbangsa Yahudi.

 

Kini perkahwinan campur semakin diterima walaupun belum secara meluas. Lebih-lebih lagi dalam dunia global hari ini, pergaulan sesama manusia juga semakin melebar dan hampir tiada batasan. Tambahan pula, dengan kecanggihan teknologi komunikasi menggalakkan interaksi yang luas antara masyarakat antarabangsa. Logiknya, perkahwinan itu merupakan satu ibadah, justeru perkahwinan campur juga membawa kebaikan beribadah. Apatah lagi bila ianya dilayari atas landasan syariat yang betul dan matlamat demi mengejar kabahagian duniawi dan ukhrawi.

 

Dalam sejarah bukan sedikit perkahwinan telah menjadi faktor perdamaian dan interaksi harmoni antara budaya dan kaum. Dalam konteks negara seperti Malaysia, dilihat amat wajar sekiranya perkahwinan campur digalakkan. Ini kerana ia boleh mendekatkan antara kaum dalam negara ini. Namun, perkahwinan tersebut perlu memastikan nilai-nilai positif dibawa bersama ke dalam perkahwinan dan mengetepikan nilai-nilai negatif yang mungkin akan membawa kepada permasalahan.

 

Pengertian Perkahwinan Campur

 

Perkahwinan campur adalah perkahwinan di antara dua pihak lelaki dan perempuan yang berlainan latar belakang bangsa, agama atau kewarganegaraan. Sebagai contoh, seorang melayu muslim berkahwin dengan seorang yang berbangsa Inggeris yang pada asalnya merupakan penganut agama lain atau seorang lelaki warga tempatan berkawin dengan perempuan dari luar negara[3].

 

Kategori Perkahwinan Campur

 

Terdapat tiga kategori perkahwinan campur iaitu :

 

Pertama, perkahwinan antara kaum yang mana ianya boleh terjadi apabila perkahwinan antara muslim berbangsa Melayu dengan seorang muslimah berbangsa cina. Di Malaysia, perkahwinan antara kaum banyak didengari di kalangan masyarakatnya yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Perkahwinan sebegini samaada antara Melayu dengan Cina, India atau bangsa lain senegara melahirkan generasi kacukan yang dibesarkan dalam pertembungan dua budaya yang berlainan. Secara lazimnya, golongan berbangsa lain yang kebiasaannya merupakan penganut agama lain seperti agama Kristian, Buddha atau Hindu akan memeluk agama Islam untuk membolehkan beliau berkahwin dengan seorang muslim.[4]

 

Yang keduanya pula ialah perkahwinan antara negara, iaitu apabila perkahwinan antara seorang muslim berbangsa Melayu dengan seorang muslimah berbangsa  Arab yang berasal dari Maghribi. Perkahwinan ini melibatkan perkahwinan antara seorang warganegara Malaysia beragama Islam dengan warganegara asing. Bagi proses perkahwinan ini, pendaftar perkahwinan hendaklah memastikan Borang Permohonan Berkahwin disertakan dengan dokumen-dokumen seperti salinan pasport yang sah, Surat Kebenaran dari kedutaan negara pemohon, dan surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia. Berdasarkan daftar perkahwinan di Wilayah Persekutuan bagi tahun 2005 hingga 2011 telah mencatatkan sebanyak 1,874 jumlah warganegara Malaysia perempuan yang berkahwin dengan warganegara asing.[5]

 

Manakala kategori yang ketiga ialah perkahwinan antara agama yang mana ianya terjadi apabila seorang muslim dengan seorang muslimah bergama Kristian pada asalnya dengan syarat mesti memeluk agama Islam. Di dalam Al-Quran disebut dengan jelas tentang larangan bagi lelaki muslim mengahwini perempuan musyrik, sebagaimana yang diterangkan dalam ayat berikut :

 

Ÿwur (#qßsÅ3Zs? ÏM»x.ÎŽô³ßJø9$# 4Ó®Lym £`ÏB÷sム4 ×ptBV{ur îpoYÏB÷sB ׎öyz `ÏiB 7px.ÎŽô³B öqs9ur öNä3÷Gt6yfôãr& 3 Ÿwur (#qßsÅ3Zè? tûüÏ.ÎŽô³ßJø9$# 4Ó®Lym (#qãZÏB÷sム4 Óö7yès9ur í`ÏB÷sB ׎öyz `ÏiB 78ÎŽô³B öqs9ur öNä3t6yfôãr& 3 y7Í´¯»s9'ré& tbqããôtƒ n<Î) Í$¨Z9$# ( ª!$#ur (#þqããôtƒ n<Î) Ïp¨Yyfø9$# ÍotÏÿøóyJø9$#ur ¾ÏmÏRøŒÎ*Î/ ( ßûÎiüt7ãƒur ¾ÏmÏG»tƒ#uä Ĩ$¨Y=Ï9 öNßg¯=yès9 tbr㍩.xtGtƒ ÇËËÊÈ [6] 

Maksudnya :

Dan janganlah kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan Sesungguhnya seorang hamba perempuan Yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) Dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan Sesungguhnya seorang hamba lelaki Yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan Dengan izinNya. dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).[7]

 

Dalam fiman-Nya yang lain :

 

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sŒÎ) ãNà2uä!%y` àM»oYÏB÷sßJø9$# ;NºtÉf»ygãB £`èdqãZÅstGøB$$sù ( ª!$# ãNn=÷ær& £`ÍkÈ]»yJƒÎ*Î/ ( ÷bÎ*sù £`èdqßJçFôJÎ=tã ;M»uZÏB÷sãB Ÿxsù £`èdqãèÅ_ös? n<Î) Í$¤ÿä3ø9$# ( Ÿw £`èd @@Ïm öNçl°; Ÿwur öNèd tbq=Ïts £`çlm; ( Nèdqè?#uäur !$¨B (#qà)xÿRr& 4 Ÿwur yy$oYã_ öNä3øn=tæ br& £`èdqßsÅ3Zs? !#sŒÎ) £`èdqßJçG÷s?#uä £`èduqã_é& 4 Ÿwur (#qä3Å¡ôJè? ÄN|ÁÏèÎ/ ̍Ïù#uqs3ø9$# (#qè=t«óur !$tB ÷Läêø)xÿRr& (#qè=t«ó¡uŠø9ur !$tB (#qà)xÿRr& 4 öNä3Ï9ºsŒ ãNõ3ãm «!$# ( ãNä3øts öNä3oY÷t/ 4 ª!$#ur îLìÎ=tæ ÒOŠÅ3ym ÇÊÉÈ[8]  

Maksudnya :

 

Wahai orang-orang Yang beriman! apabila orang-orang perempuan Yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka: Dengan Yang demikian, sekiranya kamu mengetahui Bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang Yang kafir. mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami). dan berilah kepada suami-suami (yang kafir) itu apa Yang mereka telah belanjakan. dan tidaklah menjadi salah kamu berkahwin Dengan mereka (perempuan-perempuan Yang berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka maskahwinnya. dan janganlah kamu (Wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu Dengan perempuan-perempuan Yang (kekal Dalam keadaan) kafir, dan mintalah balik maskahwin Yang kamu telah berikan, dan biarkanlah mereka (suami-suami Yang kafir itu) meminta balik apa Yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum Allah; ia hukumkan di antara kamu (dengan adil). dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.[9]

 

            Di Malaysia terdapat beberapa kes yang melibatkan seorang warganegara yang beragama Islam yang telahpun berkahwin dan akhirnya memeluk Islam walaupun pasangan dan keluarga tidak turut serta. Datuk Faiza Thamby Chik, seorang mantan Hakim Mahkamah Tinggi dalam ucaptamanya di konferens perundangan kekeluargaan antarabangsa mengatakan perkahwinan bukan Islam antara seorang mualaf dengan pasangannya tetap wujud walaupun satu pihak telah memeluk Islam. Walaupun Seksyen 51 Akta Memperbaharui  Undang-undang (Perkahwinan dan perceraian) 1976 membenarkan pasangan bukan Islam untuk menuntut cerai, perkahwinan tersebut tetap sah selagi mana prosedur-prosedur penceraian tidak dijalankan.

 

 

Faedah dan Permasalahan Perkahwinan Campur

 

Penyatuan dua insan dalam perkahwinan campur boleh disifatkan sebagai permulaan kepada dua buah keluarga besar dari dua ras berbeza untuk mulai saling mengenali adat istiadat atau pola perilaku keluarga yang satu lagi. Permulaan ini adalah sesuatu yang positif kerana mereka akan saling mempelajari aspek kebudayaan keluarga suami atau isteri masing-masing sehingga akan wujud satu pengertian baru terhadap budaya suami isteri tersebut.

 

Perkahwinan dari berlainan bangsa atau dikenali juga dengan kahwin campur bukanlah perkara yang asing dan pelik. Ia telah berlaku saban waktu dalam masyarakat seluruh dunia dan tidak ketinggalan rakyat negara kita yang merantau ke luar negara dan berkahwin dengan rakyat negara asing di negara mereka atau rakyat Malaysia yang berkahwin dengan rakyat negara luar  yang datang ke negara kita. Perkara seperti ini sebenarnya diterima dan ia selari serta tidak bercanggah dengan ajaran Islam yang tidak membezakan di antara bangsa dan warna kulit. Ini kerana perkahwinan ini telah memenuhi syarat utama di dalam Islam iaitu pasangan tersebut mestilah beragama Islam. Larangan hanya terdapat di dalam perkahwinan dengan mereka yang bukan Islam. Di dalam al-Qur’an, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

 

Jangan kamu mengahwini wanita-wanita musyrik sehinggalah mereka beriman, sesungguhnya seorang hamba yang mukmin itu lebih baik daripada wanita-wanita yang musyrik meskipun kamu menyukainya.

 

 Berdasarkan ayat itu, larangan perkahwinan itu secara  automatik terangkat apabila wanita tersebut yang memeluk Islam. Sehubungan itu ayat ini juga memberi beberapa kesan kebaikan namun tidak kurang juga ada keburukannya apalagi jika perkahwinan itu di antara rakyat tempatan dengan rakyat dari luar negara. Fokus perbincangan kita kali ini ialah tentang suami dari rakyat tempatan yang mengahwini wanita dari bangsa asing. Pada dasarnya Islam tidak melarang perkahwinan seumpama ini jika sekiranya pasangan tersebut sudah memeluk Islam. Individu yang berdepan dengan perkahwinan campur akan menikmati kebaikan darinya dan begitu juga tidak terlepas dari berdepan dengan masalah yang mungkin akan timbul daripadanya.

 

Pengarah Institut Kajian Hadis Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah berkata, perkahwinan campur di Negara ini tidak menjadi masalah kerana mereka cukup memahami latar belakang agama Islam serta adat budaya masyarakat di sini. Kata beliau lagi;

 

“Masalah barangkali timbul jika perkahwinan campur ini membabitkan warga asing yang mungkin kurang memahami adat, budaya serta fahaman masyarakat di Malaysia.”

 

Di antara kebaikan perkahwinan campur pertamanya ialah pasangan ini berpeluang untuk berkenalan di antara satu sama lain. Bukan sahaja dengan pasangannya bahkan seluruh keluarga yang terlibat dan ini bertepatan dengan hikmah atau tujuan Allah SWT mencipta manusia dari berbilang bangsa, puak, dan kaum. Dalam alam nyata yang perlu dihayati, perkahwinan campur jika dilakukan atas landasan yang betul, akan melahirkan zuriat yang ketara dari segi kecerdikan, kepintaran, dan kecantikan hasil percantuman darah yang berbeza. Namun di sini kadangkala akan timbul masalah khususnya bagi kita umat Islam. Jika pasangan tersebut dari Negara Barat contohnya, tentulah sukar bagi kita untuk menerima sesetengah adat serta amalan yang mereka lakukan. Meminum arak, pergaulan bebas, berzina, berjudi adalah di antara amalan yang sukar dihapuskan dan ini seolah-olah sudah sebati di dalam kehidupan mereka bahkan ia boleh kira sebagai sebahagian dari hidup mereka. Bagaimana boleh kita pastikan bahawa isteri yang dikahwini adalah suci kerana amalan seks bebas yang berleluasa di dalam masyarakat mereka.  Sebagai suami tentunya tidak manis jika terus membelakangkan keluarga wanita yang dikahwini. Ini kerana meskipun wanita itu telah dikahwini, namun ibu bapa mereka tetap perlu dihormati walaupun mereka tidak memeluk Islam. Satu lagi masalah yang mungkin timbul berkaitan dengan adat istiadat dan melihat kepada pasangan, akan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan adat istiadat pasangan mereka. Jika pasangan yang dilahirkan di Negara Barat dan hidup pula di dalam kemewahan, maka mungkin mereka agar sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan rakyat tempatan dan kadangkala ini juga boleh mendorong kepada ketidak sefahaman dan akhirnya membawa kepada perceraian.

 

Kedua, selain peluang untuk memahami dan mengamalkan adat resam serta budaya berbeza, faktor bahasa juga dikira satu kelebihan kerana dengan berkahwin seseorang itu memiliki ‘kamus hidup’ yang pasti akan membantu dalam menguasai sesuatu bahasa. Namun, di sini juga masalah akan timbul. Masalah ini bukan di antara pasangan tersebut yang pastinya boleh berkomunikasi dengan sesuatu bahasa, tetapi dengan keluarga pasangan. Bernasib baiklah jika ibu bapa boleh memahami bahasa pasangan tersebut, jika tidak boleh menimbulkan masalah dalam keluarga tersebut.

 

Ketiga, di samping boleh berkenalan, memahami budaya asing serta penguasaan bahasa yang berbeza, pasangan terbabit juga jika bernasib baik berpeluang untuk memperolehi anak-anak yang mempunyai rupa yang berbeza. Bagi kebanyakan orang, mempunyai anak serta cucu dari pelbagai rupa tentunya menceriakan. Bayangkan jika di dalam satu keluarga, ada anak yang rupanya orang Inggeris, ada wajahnya seperti Arab dan sebagainya. Tentunya ia menjadi kebanggaan. Malah keunikkan perkahwinan campur paling utama terletak pada zuriat yang bakal dilahirkan. Mereka adalah pembawa baka genetik yang diwarisi daripada keturunan nenek moyang kedua-dua ibu bapanya, menurut Tan Sri Abdul Kadir Mantan Mufti Wilayah Persekutuan yang mempunyai pengalaman berkahwin dengan wanita warganegara mesir keturunan Turki.   

 

Keempat, perkahwinan campur antara rakyat tempatan dengan orang luar dikira sebagai satu perjuangan dan dakwah yang besar. Hal ini dapat kita lihat dari sudut sejarah yang mana sejak zaman kerajaan melayu Melaka lagi penyebaran agama Islam telah dilakukan melalui perkahwinan. Mereka boleh dikira sebagai penyelamat khususnya jika pasangan tersebut sebelum berkahwin bukan seorang muslim. Ini kerana mereka telah berjaya meyakinkan pasangannya dengan agama yang sebenar iaitu Islam yang telah mengubah hidup mereka dari kegelapan kepada cahaya Islam. Namun, perkara yang perlu diberi perhatian serius di sini ialah tentang komitmen suami terhadap isteri yang baru memeluk Islam. Isteri seharusnya mepunyai kefahaman sebenar tentang Islam. Niat mereka perlu diperbetulkan. Memeluk Islam bukan kerana ingin berkahwin tetapi kerana keyakinan dan kebenaran Islam yang telah mula dilihat. Keyakinan, keikhlasan di dalam memeluk Islam adalah amat penting bagi menjamin seseorang yang memeluk Islam berada di dalam agama yang suci meskipun jodoh mereka kadang kala tidak kekal. Ramai yang memeluk Islam hanya kerana cinta dan ingin berkahwin tetapi apabila mengalami penceraian lantas kembali kepada agama asal. Suami di dalam hal ini perlu memainkan peranan mereka di dalam mendidik isteri agar benar-benar faham akan agama Islam yang suci ini.

 

Kelima, perkahwinan campuran dengan Masyarakat Cina, umumnya kita ketahui juga bahawa masyarakat cina memang agak terkenal dengan bakat berniaga dan seandainya kita mampu mewujudkan suatu masyarakat Melayu Cina atau Cina India maka kita mungkin dapat mewujudkan bangsa campuran baru yang lebih berkeyakinan dalam bidang perniagaan dengan kata lain meningkatkan lagi ekonomi Negara.[10]  Wujudnya suasana ini akan lebih mempermudahkan lagi proses pembinaan Negara bangsa kerana selama ini pembinaan Negara bangsa dilihat sering dihalang oleh sikap prejudis antara kaum. Namun isu atau kaum dalam sistem pendaftaran Negara sedang dipersoalkan dengan hebat kebelakangan ini. Perdebatan bermula apabila ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh ingin mendaftaran kelahiran anaknya, kerana perkahwinannya dengan lelaki berbangsa India, anak yang dilahirkan tidak jelas butiran bangsanya. Jika ditulis “bangsa Cina” bapanya seorang India. Jika ditulis “bangsa India” bagaimana pula dengan ibunya? Lalu Hannah memutuskan untuk menulis “Bangsa Melayu” pada bahagian bangsa pada borang pendaftaran. Difahamkan, selepas ditolak beliau memilih ruangan “Lain-lain”, namun juga ditolak kerana bangsa anak haruslah dipilih daripada salah satu ibu atau bapa. Untuk memastikan urusan pendaftaran anak bagi kesihatan dan pendidikan tidak terganggu, Hannah terpaksa menulis di bahagian bangsa anaknya sebagai “Cina”.[11] 

 

Semakin banyak perkahwinan campur yang diadakan dalam kelompok masyarakat kita, namun daripada kisah Hannah nampak bermasalah menentukan bangsa bagi anaknya. Sistem pendaftaran Negara, ruangan ‘Bangsa’ perlu dikekalkan, namun kelonggaran wajar diberikan bagi pemilihan bangsa, iaitu dibenarkan untuk dua bangsa gabungan antara ibu dan bapa.    

 

Sememangnya di dalam perkahwinan, perceraian adalah perkara yang lumrah berlaku. Namun, perkara ini perlulah dijauhi. Amalan talak atau cerai adalah satu amalan yang dibenci oleh Allah swt meskipun ia adalah harus pada hukum syarak. Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sebenci-benci perkara yang halal di sisi Allah swt ialah talak” menggambarkan kepada kita bahawa talak meskipun harus, ianya bukan suatu yang boleh dijadikan mainan. Perceraian menimbulkan banyak masalah bukan sahaja kepada suami tetapi memberi kesan yang sangat dahsyat kepada anak-anak. Keadaan akan menjadi lebih rumit jika isteri berasal dari luar negara. Menurut Seksyen 82, Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, ibu adalah orang yang paling berhak menjaga anak kecilnya semasa masih di dalam perkahwinan dan selepas perceraian.[12] Namun persoalannya, adakah si suami rela meninggalkan anaknya bersama ibu  mereka di luar negara sedangkan si suami tidak begitu yakin dengan akidah bekas isterinya? Si isteri mungkin akan kembali kepada agama asal dan anak-anak juga mungkin terikut-ikut dengan fahaman ibu mereka dan di atas kebingangan ini si bapa sanggup ‘melarikan’ atau ‘menculik’ anak sendiri untuk dibawa pulang ke tanah air. Jika si isteri telah murtad, sememangnya jelas bahawa tindakan suami adalah tepat tetapi itu pun selepas mahkamah memastikan bahawa segala bukti tentang dakwaan murtad adalah benar. Ini berdasarkan kepada Seksyen 83 yang menyebut bahawa hak penjagaan (hadanah) seorang wanita itu murtad dan kembali kepada agama asal mereka. [13]

 

Menurut utusan Malaysia, 25 Februari 2010, Golongan muda termasuk golongan artis diingatkan supaya berfikir ‘beribu kali’ sebelum memasuki gerbang perkahwinan campur kerana kajian menunjukkan kejayaannya hanya 3:10. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata, Kajian ilmiah yang dilakukan oleh beberapa Ahli Sosialogi di Negara ini antara 1995 hingga 1998 mendapati dalam setiap 10 perkahwinan campur, hanya tiga berjaya. Malah, kata beliau kegagalan perkahwinan campur amat ketara apabila melibatkan pasangan dari kalangan warga kulit putih atau Mat Saleh. Contohnya Pelakon jelita yang mengesahkan perkara itu memberitahu, punca keretakan rumah tangganya dengan Suami, Steven David Shorthose atau Mohamad Ali, 41 dari Itali sebagai kesilapan mereka sendiri kerana tidak menyedari faktor perbezaan budaya sewaktu seronok bercinta. Realitinya banyak liku yang perlu dihadapi oleh pasangan kahwin campur. Kegagalan perkahwinan disebabkan perbezaan budaya, agama dan cara seseorang itu dibesarkan di khalayak Negara masing-masing. Manakala dari segi mendapatkan taraf kerakyatan Malaysia , dalam soal ini ia adalah lebih mudah jika melibatkan wanita yang berkahwin dengan lelaki warganegara Malaysia berbanding sebaliknya. Ini disebabkan taraf  kewarganegaraan dalam seksyen 16 dan 17 Perlembagaan Persekutuan adalah berteras pada pertimbangan kebapaan dan bukannya keibuan.[14] Tambahan lagi jika pasangan tersebut mempunyai anak, maka bapa itu  akan melarikan anak kembali ke England atau Eropah, dan dalam soal ini perkahwinan campur ini dianggap gagal.  

 

Lantaran daripada berita yang dipaparkan di televisyen dan akhbar-akhbar tempatan beberapa tahun lalu, melihat pada perkahwinan campur banyak menimbulkan masalah apabila berlaku perceraian demi keharmonian hidup kita, anak-anak, keluarga, masyarakat bahkan negara. Dalam masa yang sama tidak dapat dinafikan bahawa terdapat perkahwinan yang seumpama itu boleh bertahan selama-lamanya tanpa sebarang masalah yang besar. Pokok pangkalnya adalah terletak kepada keyakinan serta kesanggupan kita untuk menangani masalah yang berlaku dan tidak mudah menggelabah di dalam menghadapi situasi yang mencabar.           

 

Kesimpulan

 

Jelas kepada kita bahawa perkahwinan campur membawa banyak  kebaikan jika ianya dilayari atau dilalui dengan lunas-lunas yang betul menurut syariat dan panduan yang benar. Dalam hal ini, walaupun Islam membenarkan perkahwinan campur dengan syarat mesti bersatu di bawah satu agama yang satu yakni Islam, tetapi masalah dari segi keagamaan, akhlak,budaya dan  adap resam hendaklah diambil kira kerana inilah punca permasalahan yang timbul dalam perkawinan campur. Dalam soal ini, pertimbangan yang wajar harus dilakukan oleh pihak yang terlibat dalam perkahwinan campur agar bahtera perkahwinan yang dilayari kekal bahagia hingga ke akhirnya.

 

Perkahwinan antara kaum hendaklah tidak bersifat menghapuskan budaya atau nilai positif yang dimiliki oleh sesuatu kaum. Setiap pasangan berhak mengekalkan budaya dan adat resam kaumnya yang baik. Seelok-eloknya hendaklah setiap pasangan meraikan warisan budaya pasangannya yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang dipegang. Memaksa seorang cina menjadi ‘melayu’ atau melayu menjadi ‘cina’ selepas perkahwinan adalah tindakan yang salah dan tidak membawa kepada keharmonian bahkan akan mencetuskan masalah yang berlarutan.

Perkahwinan campur patut dijadikan kesempatan untuk memahami dan mempelajari nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum bukan menghapuskan identiti kaum. Dengan itu, setiap kaum akan dihormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang dimiliki lantas melaksanakan apa yang Allah SWT nyatakan di dalam al-Quran :

$pkšr'¯»tƒ â¨$¨Z9$# $¯RÎ) /ä3»oYø)n=yz `ÏiB 9x.sŒ 4Ós\Ré&ur öNä3»oYù=yèy_ur $\/qãèä© Ÿ@ͬ!$t7s%ur (#þqèùu$yètGÏ9 4 ¨bÎ) ö/ä3tBtò2r& yYÏã «!$# öNä39s)ø?r& 4 ¨bÎ) ©!$# îLìÎ=tã ׎Î7yz ÇÊÌÈ [15] 

Maksudnya :

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[16]

Fahaman agama yang sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam berhubung dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, menziarahi mereka atau menafikan nama keluarga seperti menukar nama ‘bapa’ adalah sesuatu yang tidak diajar oleh Islam. Bahkan nas-nas Islam menyanggahi hal tersebut. Ia adalah ‘kesempitan pemikiran setempat’ yang patut digugurkan dari masyarakat kita. Ia antara penghalang keharmonian kaum dan agama sekaligus mengundang kahancuran sesebuah rumahtangga.[17]

Bagi muslim pula , hendaklah dipastikan keislamannya terpelihara. Bahkan dia wajar menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya. Sikap dan teladan yang buruk akan menyebabkan salah faham terhadap Islam. Perkahwinan campur hendaklah bebas dari anggapan bahawa sesuatu kaum lebih mulia dari kaum yang lain hanya atas faktor keturunan semata. Sabda Nabi s.a.w

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Jika hal-hal ini dihayati, perkahwinan campur akan lebih membawa kepada kebaikan. Sememangnya diakui wujud permasalahan-permasalahan dalam perkahwinan campur. Namun, permasalahan-permasalahan ini tidak wajar diletakkan atas dasar ianya merupakan perkahwinan campur, tetapi lebih tepat dikatakan bahawa ianya adalah disebabkan individu samada suami atau isteri yang terlibat dalam perkahwinan campur itu yang gagal untuk menurut lunas-lunas yang seharusnya dalam perkahwinan. Walaubagaimanapun permasalahan yang timbul dari perkahwinan campur bukanlah masalah yang bersifat kekal kerana selagi ada usaha kearah menghindarinya dan mencari jalan penyelesaian yang bersungguh, maka masalah tersebut akan dapat diatasi serta matlamat perkawinan yang bahagia akan dapat dikecapi.

 

 

Rujukan

Sheikh Abdullah Basmeih. 1980. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran (30) juz. Kuala Lumpur, Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Ahmad Azhar Basyir. 1981. Kawin Campur Adopsi Wasiat Menurut Islam. Indonesia. Percetakan Offset.

Syaikh Humaidy bin Abdul Aziz Al-Humaidy. 1994. Kawin Campur Dalam Syariat Islam. Jakarta Timur, Indonesia. Pustaka Al-Kauthar.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2011. Data dan Maklumat Kekeluargaan/ sosial Masyarakat Islam Di Malaysia. Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.

Mohd Ismail bin Mustari. 2009. Isu-Isu Perkahwinan. http://www.slideshare.net/arizal/isu-perkahwinan-09. (30 November 2013)

Dr. Nik Rahim Nik Wajis. 1998. Permasalahan Kahwin Campur. Utusan Online. http://www.utusan.com.my/utusan. (30 November 2013)

Zulkifli Jalil. 26 Feb. 2010. Waspada kahwin campur. Utusan Online. http://www.utusan.com.my/utusan. (30 November 2013)

Prof. Madya Dr. Mohd asri Zainul Abidin. 29 Nov 2010. Galakkan Perkawinan Campur Untuk Keharmonian Kaum. http://drmaza.com/home/?p=1294. (1 Jan. 2014)

Nur Farina Abdullah. 29 Mac 2012. Perkhawinan Campur Dan Pembinaan Negara Bangsa. http://nurfarinaabdullah.blogspot.com. (1 Jan 2014)


 

 



[1] Al-Quran, Al Rum 30:20
[2] Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran (30 juz), edisi ke- 22, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2013).
[3] Ahmad Azhar Basyir, Kahwin Campur Adopsi Wasiat Menurut Islam, cetakan kedua 1981, hlm. 5.
[4] Mohd Ismail bin Mustafa, Isu-Isu Perkahwinan, 2009.
[5] Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Data dan Maklumat Kekeluargaan/ Sosial Masyarakat Islam di Malaysia, Cetakan pertama 2011, hlm 49-51.
[6] Al-Quran, Al-Baqarah 2:221
[7] Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran (30 juz), edisi ke- 22, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2013).
[8] Al-Quran, al-Mumtahanah 60:10
[9] Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran (30 juz), edisi ke- 22, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2013).
[10] Perkahwinan Campur Dan Pembinaan Negara Bangsa. Sept 2011 – Jan 2012.
[11] Firdaus Rosli. Perkahwinan Campur, apakah bangsa bagi anak mereka?. Jun 14, 2011.
[12] Mohd Ismail bin Mustafa, Isu-Isu Perkahwinan, 2009.
[13]Dr. Nik Rahim Nik Wajis, Utusan Melayu (M) Bhd, Arkib 8 Mac 1998
[14] Zulkifli Jalil.,Waspada Kahwin Campur., Utusan Melayu(M) Bhd. 2010.
[15] Al-Quran, al-Hujuraat 49:13
[16] Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran (30 juz), edisi ke- 22, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2013).
[17] Prof. Madya Dr. Mohd asri Zainul Abidin, Galakkan Perkawinan Campur Untuk Keharmonian Kaum, 29 Nov. 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan